Satu sesi perbincangan meja bulat kolaborasi strategik antara PTSB dan Austria Technologie & Systemtechnik (Malaysia) Sdn. Bhd. telah diadakan di Bilik Persidangan PTSB. Wakil Austria Technologie & Systemtechnik (Malaysia) Sdn. Bhd. yang hadir terdiri daripada En Mohd Afiq Amani, Public Affairs Advisor; Ms Krishnaveni Tanimalai, Talent Acquisition Manager dan Dr. Souli Imane, Jurutera R&D.

Turut serta dalam sesi perbincangan tersebut ialah Ketua Pusat CISEC, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Ketua Pusat Center of Technology, Penyelaras Kolaborasi PTSB, Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri dan JK CISEC PTSB.

Antara perkara yang dibincangkan ialah Halatuju kolaborasi strategik, kemudahan fasiliti, latihan industri, dan program-program berkaitan penyelidikan dan pembangunan pelajar dalam salah satu usaha menjalinkan Kolaborasi Strategik bersama bagi tahun 2024.

Semoga usaha kolaborasi ini bermanfaat untuk kedua-dua pihak dan seterusnya kepada pelajar dan masyarakat.

#CISECPTSB
#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange