Suasana ihya ramadan sekitar Program Edaran Bubur Lambuk Bank Rakyat bersama PTSB yang diadakan semalam. Pengurus dan kakitangan Bank Rakyat Kulim bersama-sama pengurusan tertinggi dan warga Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) yang terdiri daripada staf dan pelajar turun padang memeriahkan program bermula dari persiapan menyediakan bubur lambuk sehingga proses edaran dilakukan dengan jayanya.

Tahniah diucapkan kepada Pusat Dakwah dan Tarbiah Al-Jazari (PDTJ) atas penganjuran aktiviti-aktiviti sepanjang ramadan yang bermanfaat buat warga PTSB.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange
#JomMasukPoli
#CheckInPTSB
#ramadanPTSB