Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dengan kerjasama Fuji Electric telah menganjurkan Bengkel Perkongsian Ilmu bersama Panel Industri- Dapatan Projek dan Analisis Data Sesi 2 2023/2024 pada 21 Mac 2024 yang lalu.
Bengkel ini dianjurkan untuk memastikan pelajar mahir dengan penulisan pelaporan analisis serta berpotensi untuk lebih berkeyakinan tinggi dalam menghasilkan pelaporan yang cemerlang.

Para pelajar turut diberikan tunjuk ajar penulisan resume yang berkualiti supaya dapat diaplikasikan apabila mereka memohon penempatan latihan industri mahupun pekerjaan apabila bergraduasi kelak.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange
#JomMasukPoli
#CheckInPTSB