Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menerima kehadiran 4 orang panel penasihat industri sewaktu Program bersama Panel Penasihat Diploma Kejuruteraan Awam semalam.

Mereka yang hadir ialah Ts. Ahmad Tazri bin Aziz dari North Lab Sdn. Bhd., Profesor Madya Ts. Dr. Mohamad Anuar bin Kamaruddin dari Universiti Sains Malaysia, Puan Hayati bin Bakri dari Jabatan Pengairan dan Saliran Kulim/ Bandar Baharu dan Ir. Ts. Mohamad Fazrin bin Fauzi dari Jabatan Kerja Raya, Jelebu, Negeri Sembilan.

Antara pengisian program adalah perbincangan untuk mengenal pasti tindakan penambahbaikan bagi meningkatkan pencapaian Programme Educational Objectives (PEO) Diploma Kejuruteraan Awam.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange