Seramai 20 orang pelajar Projek Mekatronik diiringi 4 orang pensyarah pengiring daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah mengadakan lawatan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh dan Yayasan An Nahdhoh pada 27 Mac 2024.

Lawatan ini bertujuan untuk membolehkan pelajar mempelajari ilmu tanaman cendawan tiram menggunakan teknologi semasa sekaligus memberi pendedahan awal kepada mereka dalam penghasilan projek.

Dalam lawatan ini, para pelajar diberikan taklimat mengenai pembangunan inkubator cendawan dengan teknologi terkini di samping penerangan kaedah penanaman tanaman cendawan yang mampu menghasilkan keuntungan tinggi.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange