Tuan Haji Mohd Ruzi bin Hamzah, Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) diiringi Encik Norsyahidan bin Mohamad Yusof, Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEP) telah mengadakan kunjung hormat kepada Encik Abdul Aziz bin Zainol Din, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kulim.

Kunjungan ini bertujuan untuk menzahirkan penghargaan kepada pihak Bank Rakyat atas penganjuran bersama Program Bubur Lambuk Bank Rakyat di PTSB baru-baru ini.

Semoga hubungan baik antara PTSB dan Bank Rakyat terus utuh dan bermanfaat untuk kedua-dua pihak dan seterusnya dapat dipanjangkan kepada pelajar dan masyarakat.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMadani
#ThrivingThroughChange
#IhyaRamadanPTSB