Kemuncak Program Ihya Ramadan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) iaitu Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Perdana PTSB 2024/1445H telah berlangsung dengan jayanya pada 3 April yang lalu.

Majlis Khatam Al-Quran diadakan serentak bersempena World Quran Hour dengan pengisian tadabbur Surah Al-Jumu’ah yang dipimpin oleh Saudara Mu’az bin Tajudin, Pelajar Latihan Industri Pusat Dakwah & Tarbiah Al-Jazari (PDTJ).

Turut berlangsung Penyerahan Zakat kepada pelajar-pelajar PTSB yang layak.

PTSB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Iftar Ramadan PTSB 2024.

#IhyaRamadanPTSB2024
#RamadanPTSB