Kemuncak Program Ihya Ramadan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) iaitu Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Perdana PTSB 2024/1445H telah berlangsung dengan jayanya pada 3 April yang lalu.

Pusat Dakwah dan Tarbiah Al-Jazari (PDTJ) mengambil keberkatan 10 ramadan terakhir menghimpunkan lebih seribu orang pelajar KAMSIS bersama-sama staf untuk Iftar Perdana Ramadan PTSB pada kali ini.

PTSB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Iftar Ramadan PTSB 2024.

#IhyaRamadanPTSB2024
#RamadanPTSB