Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) melalui Pusat Dakwah dan Tarbiah Al-Jazari (PDTJ) meraikan dan berkongsi rezeki menyampaikan Sumbangan Bakul Kasih Ramadan kepada pekerja kontrak PTSB seramai 82 orang.

Inisiatif ini adalah untuk menghargai prestasi perkhidmatan yang baik para pekerja kontrak PTSB dalam memastikan kawasan persekitaran PTSB sentiasa bersih dan kawalan keselamatan yang cekap dan selamat.

Semoga perkongsian rezeki ini dapat membawa kegembiraan dan sedikit sebanyak membantu dalam persiapan menjelang syawal yang akan tiba tidak lama lagi.

#IhyaRamadanPTSB
#RamadanPTSB
#PTSBPrihatin
#PDTJ