Satu sesi perbincangan dan pembentangan perancangan gerak kerja dan latihan intensif Team Malptaac PTSB telah diadakan di War Room PTSB bersama Tuan Haji Mohd Ruzi bin Hamzah, Pengarah PTSB pada 4 April yang lalu.

Sesi kunjungan hormat ini telah dihadiri oleh Kapt Mohd Shafiq selalu Pegawai bagi Bravo Coy, PTTK Sjn Farif, Jurulatih PTSB BDR Azizul dan BDR Najmi.

Turut sama hadir ialah Penasihat Askar Wataniah PTSB Puan Nurhaida binti Abdullah Hadi dan Puan Normawar binti Ali.