Seramai 34 orang pelajar Diploma Pemasaran diiringi seorang pensyarah telah menyertai Kembara Ilmiah DPR5A&5B di Perlis dan Lawatan Pemerhatian Lapangan untuk Kursus DPM50123 ( Services Marketing) pada 18 dan 19 April yang lalu.
Program ini bertujuan bagi memenuhi keperluan kursus DPM50123. Antara pengisian program, pelajar perlu mengenal pasti dan membezakan perkhidmatan teras dan perkhidmatan sampingan. Selain itu, aktiviti pengukuhan dalam kumpulan turut dilaksanakan bagi mengeratkan jalinan kerjasama sesama pelajar.

#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange