2 Mei 2024 –  Ketua Program DEM Puan Siti Hajar binti Ismail dengan kerjasama Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) dan alumni JKM Encik Muhammad Daud bin Sallehuddin telah melaksanakan ‘Mechatronic Gathering’ dan Program Pemantapan Pencapaian Akademik dan Sahsiah Pelajar DEM. Program ini telah dijalankan di Dewan Muadzam Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dengan penyertaan 24 orang pelajar DEM pada slot pagi dan 160 orang pelajar DEM pada slot berikutnya. Bengkel ini akan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana untuk berjaya dalam bidang yang diceburi terutama kursus yang memerlukan pemahaman mendalam serta usaha yang lebih proaktif. Adalah diharapkan agar pemahaman pelajar terhadap hala tuju dan kerjaya dalam bidang kejuruteraan adalah lebih jelas  agar para pelajar  komited terhadap etika dan tanggungjawab professional dalam dunia pekerjaan pada masa akan datang serta melahirkan lebih ramai lagi alumni politeknik berprestasi tinggi.