Kulim, 22 Ogos 2024 – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu peneraju dalam pendidikan TVET dengan penganjuran tiga acara mega secara serentak – NICERS'24, CiE-TVET 2024, dan Rumble Drone Soccer Competition 2024. Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Syed Zainal Abidin, Pengerusi Silterra Malaysia Sdn. Bhd., dengan kehadiran YBhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti yang turut memberikan penghargaan atas usaha gigih PTSB.

CiE-TVET 2024 yang telah melabuhkan tirai pada 21 Ogos dijadikan platform bagi 71 orang pakar industri, akademik dan pendidikan untuk berkongsi ilmu serta memperkukuh kolaborasi dalam usaha memajukan TVET. NICERS'24, acara yang mempertandingkan ciptaan dan inovasi yang dihasilkan oleh pelajar serta pendidik dari peringkat sekolah rendah hingga peringkat pengajian tinggi.
Rumble Drone Soccer Competition 2024 pula melibatkan peserta dari pelbagai institusi mempamerkan kemahiran mengendalikan dron dalam satu perlawanan sukan unik dan mendebarkan yang menggabungkan teknologi dron dengan sukan bola sepak.

Menurut Dato’ Dr. Haji Mohd Zahari, PTSB telah berjaya membuktikan pendidikan TVET mampu menjadi pemangkin dalam menghasilkan modal insan yang berkualiti tinggi dan relevan dengan keperluan industri.
Tan Sri Dato' Sri Syed Zainal turut menzahirkan kenyataan bahawa kerjasama antara sektor pendidikan dan industri adalah penting dalam memastikan kejayaan masa depan pendidikan TVET di Malaysia.
Tuan Haji Mohd Ruzi, Pengarah PTSB amat berbangga dengan pencapaian ini dan berterima kasih atas sokongan padu daripada semua pihak. Beliau berharap kejayaan ini dapat memberikan inspirasi kepada lebih banyak institusi pendidikan untuk memperkasakan TVET.
Politeknik.kolejkomuniti

#TVETForAll
#PTSBProud
#MakingPTSBGreat
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange
#JomMasukPoli
#CheckInPTSB