Program Aspirasi Budaya Kerja Madani: Minda Kelas Pertama yang berlangsung pada 27 dan 28 Ogos 2024 di Dewan Kuliah ULPL, dianjurkan oleh Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) dengan matlamat mengukuhkan kebersamaan dan komitmen warga kerja PTSB.
Program ini turut menjemput Puan Suraine binti Basir, Pengetua SMK Tun Hussein Onn dan Puan Norhayati binti Sazali, Pengarah Pusat Pembelajaran Seberang Jaya sebagai penceramah. Kehadiran kedua-dua penceramah ini menunjukkan kolaborasi yang komited sesama institusi pendidikan. Slot aktiviti seperti ceramah mengenai etika kerja dan keterampilan diri serta sesi pengukuhan pasukan membantu peserta memahami pentingnya sikap kebersamaan dan tanggungjawab dalam mencapai kejayaan kerjaya. Kehadiran Dr. Mohd Nor Azam Bin Mohd Dali, Timbalan Pengarah Akademik PTSB dalam majlis penutupan menyuntik semangat kepada para peserta untuk terus memacu transformasi ke arah budaya kerja yang lebih dinamik dan produktif.
Program ini diharapkan dapat memupuk etika kerja yang lebih mantap dalam kalangan kakitangan seterusnya meningkatkan produktiviti kerja warga PTSB.
#TVETForAll
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#ThrivingThroughChange
#JomMasukPoli
#CheckInPTSB