Jabatan Perdagangan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah menganjurkan Lawatan Akademik DPB50133 Pengurusan Operasi bertempat di Batik Craft, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Melalui lawatan ini, para pelajar mendapat peluang untuk mempelajari secara langsung bagaimana pengurusan operasi dilaksanakan dalam industri pembuatan batik.
Pelajar berpeluang mendalami strategi pengeluaran, perancangan agregat, pengurusan inventori, pengurusan lokasi dan pengurusan kualiti yang diamalkan di Batik Craft.
Pengalaman ini juga membantu pelajar memahami cabaran pengurusan dalam konteks industri sebenar sekali gus membina keupayaan mereka untuk menghadapi tugas-tugas pengurusan dalam bekerja kelak.
Program ini berupaya memupuk jaringan erat antara PTSB dan industri dalam usaha membuka ruang untuk lebih banyak peluang kerjasama pada masa akan datang.
#TVETForAll
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud