Program Induksi Pembimbing Rakan Siswa (PRS) anjuran Unit Pengurusan Psikologi (UPPSi) melibatkan penyertaan 65 pelajar dan 25 jawatankuasa Pembimbing Rakan Siswa (PRS) telah berjaya dilaksanakan bertujuan untuk memotivasikan pelajar serta melatih bakat kepimpinan yang berkualiti dalam kalangan pelajar.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk sesi suai kenal, pembahagian tugas dan latihan dalam kumpulan (LDK). Para peserta juga terlibat dalam aktiviti luar seperti explore race untuk meningkatkan kemahiran sosial seperti kerjasama dan semangat berpasukan.
Majlis diakhiri dengan sesi refleksi daripada peserta yang membolehkan mereka berkongsi pengalaman dan pelajaran yang diperoleh. Program ini diharapkan dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar dan membentuk kepimpinan yang berkualiti dalam kalangan pelajar politeknik.

#TVETForAll
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud