PSP E-sports Challenge 2024 mencatatkan kejayaan membanggakan bagi Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) apabila pasukan Mobile Legends Bang-Bang (MLBB), PTSB Hera dinobatkan sebagai Johan daripada 48 pasukan yang bersaing dari seluruh Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Utara Pulau Pinang. Pasukan PTSB Hera yang terdiri daripada Ahmad Hamzi bin Fakhrurazi, Muhammad Asyraff Danish bin Mohd Zhafran, Muhammad Izuan Illyyin bin Mohamad Nasir, Hafizi Sabri bin Abdullah, dan Muhammad Amir Azfar bin Mohd Syukur berjaya mempamerkan strategi mantap dan kemahiran tinggi dalam setiap perlawanan.
Selain itu, pasukan PTSB Luxivour berjaya meraih gelaran Naib Johan sekali gus memperkukuhkan kedudukan PTSB dalam kejohanan ini. Ahli pasukan terdiri daripada Mohammad Amirul Akhmal bin Abdurahman, Ahmad Ikbal Hasibuan bin Sakban, Muhammad Amirhul Muqmin bin Abdul Halil, Hakimi bin Mohd Khalid, dan Mohamad Nurshamil bin Mohamad Radzi.
Pasukan PTSB Kumar juga tidak ketinggalan berjaya menamatkan pertandingan di kedudukan tempat ke-6. Kecemerlangan ini turut dilengkapkan dengan kejayaan individu Muhammad Aish Aiman bin Nor Adzlan yang meraih tempat ke-3 dalam kategori FIFA dari 24 peserta.
Syabas diucapkan kepada semua peserta, pegawai pelatih yang banyak memberi tunjuk ajar, Encik Amirul Zaharin bin Yusoff, Puan Azliza Shah binti Abidin dan Encik Mohamad Zhahir bin Mohamad Zulkufli serta semua pihak yang menyokong perjalanan PTSB dalam arena ini.
Kejayaan ini bukan sahaja satu kebanggaan malah membuktikan kemampuan PTSB dalam mencorakkan bakat pelajar dalam bidang e-sukan.
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud