KULIM - Diploma in Geomatics Showcase (DiGS) 2024 menjadi medan buat 33 pelajar tahun akhir Diploma Geomatik mempertandingkan 16 kertas kajian yang mengetengahkan teknologi ukur, pemetaan, GIS dan aplikasi-aplikasi lain yang berkaitan.
Puan Norina Omar dari Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Sr. Dr. Muhammad Faiz Pa’suya dari Universiti Teknologi Mara (UiTM Arau) diundang sebagai panel untuk memberikan penilaian berwibawa dan sokongan moral kepada pelajar.
Anugerah Kertas Kajian Terbaik telah dimenangi oleh Nadya Natasha binti Sanusi dan Nurul Najwa binti Fauzi melalui kajian bertajuk "Aplikasi Pemetaan Fasiliti Keselamatan di PTSB" di bawah bimbingan PuanAzilawati binti Harun.
Selain itu, Megat Harris Haikal bin Roslan dan Nurul Syafarina binti Ahmad Sukri menerima Anugerah Pembentangan Terbaik menerusi kajian mereka, "Penggunaan Ortofoto Pada Lot Kadaster" yang diselia oleh Encik Mohamad Pauzi bin Mat Zam.
Penganjuran program ini membuktikan komitmen pelajar dalam mengembangkan ilmu geomatik dan menyuntik semangat baru untuk lebih maju dalam bidang ini.
Syabas dan tahniah buat penganjur.
#TVETForAll
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud
#GeomaticPTSB