KEPALA BATAS – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) terus komited memperkasa pendidikan tinggi melalui Program Konsultansi Pengambilan Pelajar yang diadakan di Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang.
Penglibatan beberapa pegawai dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan unit promosi PTSB dalam program ini memberi tumpuan kepada lepasan Sijil Kolej Komuniti yang sedang mempertimbangkan pilihan peluang untuk melanjutkan pelajaran.
Fokus utama adalah memperkenalkan kursus berkualiti seperti Diploma Kejuruteraan Mekanikal Am, Pembuatan dan Mekatronik di samping mempamerkan kemudahan infrastruktur moden dan teknologi canggih untuk proses pembelajaran di PTSB.
Pelajar yang baru menamatkan Latihan Industri hadir dengan penuh semangat dan memanfaatkan sesi soal jawab bersama pegawai PTSB. Rata-rata peserta teruja dengan peluang yang ditawarkan dan sebahagian besar menzahirkan hasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma.
“Saya kini lebih yakin untuk memilih politeknik sebagai destinasi pendidikan tinggi kerana peluang dan teknologi yang ditawarkan amat relevan dengan peluang masa depan kerjaya saya,” ujar seorang peserta dengan penuh keyakinan.
Program ini jelas membuktikan dedikasi PTSB dalam membantu generasi muda merealisasikan potensi mereka melalui laluan pendidikan yang lebih tinggi khususnya dalam bidang TVET.

#TVETForAll
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud