Pasukan e-sports Kedah berjaya merangkul gelaran Johan dalam Ampro Clash Series (ACS) Edu Tour 2024, pertandingan peringkat negeri bagi kategori PlayerUnknownโs Battlegrounds (PUBG) Mobile. Acara yang melibatkan 16 institusi pengajian tinggi (IPT) ini menjadi platform untuk menonjolkan bakat dan kemahiran pelajar dalam e-sukan.
Barisan pemain Kedah terdiri daripada Amirul Aiman bin Mazalan dan Muhammad Arif bin Md Mojibur Rahman dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Muhammad Amirul Shafiq bin Azizi dari Politeknik Seberang Perai (PSP), Ahmad Danish Asyraf bin Mohd Roduan dari UiTM Merbok serta Muhammad Aiman bin Najmi dari Universiti Utara Malaysia (UUM). Prestasi luar biasa mereka yang disokong oleh strategi dan kerjasama utuh telah berjaya membawa pasukan ini ke puncak kejayaan.
Pencapaian ini memperlihatkan potensi besar e-sukan sebagai medium untuk pembangunan bakat generasi muda di samping mengangkat nama negeri Kedah di persada e-sukan tempatan. Dengan semangat juang yang tinggi, pasukan Kedah telah membuktikan bahawa usaha dan dedikasi mampu menghasilkan kejayaan.
Tahniah kepada pasukan Kedah atas pencapaian yang membanggakan ini.
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud
#ESportsPTSB