SUNGAI PETANI – Hj. Mohd Ruzi bin Hamzah, Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah mengadakan kunjungan hormat ke SMK Aman Jaya, Sungai Petani, Khamis lalu. Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan hala tuju dan peluang pembelajaran di PTSB kepada pelajar serta menjalin kerjasama strategik dengan pihak sekolah.
Dalam pertemuan bersama Tuan Abd Jamil bin Nazri, Pengetua SMK Aman Jaya, perbincangan meliputi aspek promosi program PTSB kepada pelajar serta potensi menjalankan kursus kemahiran untuk guru-guru. Pengarah PTSB turut mengetengahkan keunikan program TVET yang ditawarkan serta kelebihan lokasi PTSB di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech.
Turut hadir mengiringi Pengarah PTSB ialah Encik Norsyahidan bin Mohamad Yusof, Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEP), Encik Shamsul Arif bin Ismail, Ketua Jabatan Sukan Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK), Penyelaras E-sukan, Puan Azliza Shah binti Abidin dan Puan Nina Azlina binti Zakaria, Pegawai Sukan.
Lawatan ini diharap dapat membuka peluang kolaborasi yang lebih luas antara kedua-dua institusi sekali gus menyumbang kepada pembangunan bakat generasi muda dalam bidang TVET.
Usaha ini mencerminkan komitmen PTSB untuk membentuk pelajar cemerlang dan guru berkepakaran tinggi yang berupaya meningkatkan daya saing dalam dunia pekerjaan.
#TVETForAll
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud