GURUN - Duli Yang Teramat Mulia Brigedier Jeneral Tengku Sarafuddin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah merangkap Komander Rejimen 513 Askar Wataniah, berkenan menyertai latihan menembak yang berlangsung di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah.
Latihan ini bertujuan meningkatkan kemahiran menembak dan ketepatan anggota rejimen sebagai persediaan menghadapi cabaran tugas ketenteraan. Penyertaan DYTM Tuanku Komander mencerminkan komitmen tinggi terhadap profesionalisme dan kesiapsiagaan pasukan.
Turut hadir mewakili Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Encik Shamsul Arif bin Ismail, memperlihatkan kerjasama erat antara pihak tentera dan institusi pendidikan dalam pembangunan sumber manusia dan kemahiran generasi muda.
Latihan dilaksanakan dengan penuh disiplin di mana para peserta mempamerkan prestasi membanggakan dalam setiap siri tembakan. Program diakhiri dengan majlis santapan tengah hari dan penyampaian cenderamata kepada DYTM Tuanku Komander, ahli-ahli JAKPAW dan tetamu jemputan.

#MakingPTSBGreat
#PTSBProud
#AskarWataniah