KULIM, 10 Disember 2024 - Bagi memperkukuh usaha membantu pelajar asnaf, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah mengadakan kunjungan ke Bank Rakyat Cawangan Kulim. Wakil PTSB diketuai oleh Pengarah PTSB, Hj. Mohd Ruzi bin Hamzah bersama Dr. Hj. Samsul bin Abd Rashid, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan Encik Norsyahidan bin Mohamad Yusof, Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEP).
Kunjungan ini menyaksikan penyerahan cek cura bernilai RM20,000 oleh Encik Abdul Aziz bin Zainol Din, Pengurus Bank Rakyat Kulim kepada PTSB. Sumbangan ini bertujuan membantu pelajar asnaf di PTSB, membuktikan kepedulian sektor korporat terhadap akses pendidikan untuk golongan memerlukan.
Inisiatif ini mencerminkan sinergi antara institusi pendidikan dan sektor perbankan dalam memperkasa pembangunan modal insan. PTSB amat menghargai sumbangan ini yang akan menjadi pemangkin kepada kesungguhan pelajar untuk terus gigih mengejar kejayaan sekali gus menyumbang kepada kecemerlangan institusi dan negara.

#TVETForAll
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud