KULIM HI-TECH, 2 Januari 2025 - Suasana di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) penuh dengan keceriaan pagi ini apabila warga PTSB berkumpul untuk Brisk Walk Santai 1/2025, satu inisiatif untuk memulakan tahun baharu dengan gaya hidup aktif.
Acara anjuran Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) ini diserikan dengan kehadiran Pengarah PTSB, Hj. Mohd Ruzi Hamzah yang turut bersama mengetuai langkah warga PTSB.
Aktiviti dimulakan dengan sesi senaman ringan yang dipimpin oleh Encik Ridzuan bin Din mewujudkan suasana penuh semangat sebelum memulakan laluan berjalan dengan jarak 2.5 km di sekitar kampus.
Brisk walk ini bukan sahaja mendekatkan hubungan antara semua warga PTSB tetapi juga menggalakkan budaya kesihatan dalam komuniti. Semoga program seperti ini menjadi langkah permulaan kepada lebih banyak aktiviti sihat dan bermakna pada masa akan datang.
#PTSBSihat
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud