KULIM, 5 Januari 2025 – Hj. Mohd Ruzi Hamzah, Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) hari ini mengadakan pertemuan untuk mengalu-alukan kehadiran pensyarah baharu yang telah melapor diri untuk memulakan tugas secara rasmi bermula 1 Januari 2025. Pelantikan ini adalah selaras dengan usaha institusi untuk terus memperkukuhkan tenaga pengajar demi melahirkan graduan yang kompeten dan berkualiti.

Antara pensyarah baharu yang melapor diri ialah Encik Mohd Fuad bin Ibrahim (Mekatronik) dan Encik Shah Rol bin Hussain (Tadbir Urus Korporat) dari Politeknik Seberang Perai serta Puan Amrah binti Mat Safri (Kejuruteraan Elektrik) dari Politeknik Port Dickson.

Selain itu, Puan Murnie Shakilla binti Shidan yang memiliki kepakaran dalam Kejuruteraan Elektrik Kuasa dari Politeknik Sultan Idris Shah serta Encik Mohd Yuaizuddin bin Mohd Yunus berpengalaman dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dari Politeknik Kuala Terengganu turut teruja menjadi sebahagian daripada warga PTSB.

Tidak ketinggalan, Encik Mohd Azmi bin Hambali, berpengetahuan luas dalam Kejuruteraan Awam dari Kolej Komuniti Jerai dan Encik Shamsher bin Abdullah, pensyarah Kejuruteraan Elektrik dari Politeknik Seberang Perai optimis untuk memikul tanggungjawab di PTSB.

Menariknya, beberapa pensyarah ini pernah berkhidmat di PTSB sebelum ini dan kembali berkhidmat di sini ibarat sireh pulang ke gagang dalam usaha mereka untuk terus menyumbang kepada institusi.

Hj, Mohd Ruzi Hamzah mengucapkan tahniah kepada kesemua pensyarah dan berharap kehadiran mereka dapat meningkatkan mutu pembelajaran serta mendokong hasrat PTSB sebagai sebuah institusi TVET yang unggul di negara ini.

"Komitmen dan kepakaran mereka amat kami hargai dan saya percaya pengalaman mereka akan menjadi nilai tambah kepada pembangunan akademik dan profesional pelajar kami," tambahnya lagi.

Dengan pelantikan ini, PTSB terus komited dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi untuk membangunkan modal insan yang memenuhi keperluan industri.

#TVETForAll
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud