BATU KAWAN, 7 Januari 2025 – Satu lawatan tapak telah diadakan oleh delegasi Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) ke The Ship Campus di Batu Kawan bagi meninjau fasiliti yang berpotensi digunakan untuk program CiE-TVET yang dirancang berlangsung pada Ogos nanti.
Delegasi tersebut diketuai oleh Log. Abdul Aziz bin Ishak bersama enam pegawai lain, termasuk Dr. Mohd Nor Azam bin Mohd Dali, Timbalan Pengarah Akademik PTSB, Ts. Norizah binti Ishak, Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (UPIK) serta pasukan pengurusan program CiE-TVET, iaitu Dr. Syaiful Baharee bin Jaafar dan Puan Wan Nor Sariza Wan Husin. Turut serta ialah Puan Ida Safinar binti Aziz, Ketua Jawatankuasa Persiapan Tempat dan Puan Zarina binti Ismail selaku Setiausaha CiE-TVET.
Lawatan ini bertujuan menilai kesesuaian fasiliti di The Ship Campus untuk memenuhi keperluan program dengan penarafan antarabangsa. Delegasi diberi peluang untuk meninjau secara dekat pelbagai kemudahan yang disediakan yang diyakini mampu menyokong kelancaran pelaksanaan CiE-TVET.
Pihak PTSB optimis agar kerjasama strategik dengan The Ship Campus dapat direalisasikan sekali gus menjayakan objektif CiE-TVET dalam meningkatkan kualiti penglibatan peringkat antarabangsa dalam bidang TVET.
#TVETForAll
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud