KULIM, 12 Januari 2025 – Hj. Mohd Ruzi bin Hamzah, Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah menerima kunjungan daripada Batalion 2 Rejimen 513 Askar Wataniah, hari ini.
Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan perancangan latihan Askar Wataniah bagi tahun 2025 meliputi aspek pembangunan kompetensi anggota, pengukuhan kerjasama strategik serta peningkatan tahap kesiapsiagaan pasukan.
Dipengerusikan oleh Pengarah PTSB, mesyuarat turut menitikberatkan penyelarasan program latihan dengan objektif keselamatan negara bagi memastikan anggota Askar Wataniah sentiasa bersedia menghadapi cabaran semasa. Kolaborasi ini diharap dapat memperkukuh kecemerlangan pasukan dan memberikan impak positif pada masa akan datang.
Mewakili Batalion 2 Rejimen 513 Askar Wataniah ialah Kapten Dr. Mohd Shafiq bin Mohd Ghazali, Ketua Kompeni Bravo bersama Sarjan Jurulatih, Sjn Muhammad Faris dan Sjn Ku Aidil serta jurulatih dari Batalion Askar Wataniah iaitu Bdr Muhamad Nur Azizol dan Bdr Muhammad Najmi.
Selain itu, mesyuarat dihadiri oleh Dr. Mohd Nor Azam bin Mohd Dali, Timbalan Pengarah Akademik, Lt M. Normawar Ali, Pensyarah Askar Wataniah serta Encik Mohamad Helmi Yusoff @ Othman.
Turut terlibat ialah Encik Shamsul Arif bin Ismail, Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSSK), Puan Shakirah Anuar, Penyelaras Kokurikulum Badan Beruniform dan Puan Nurhaida Abdullah Hadi, Ketua Unit CISEC PTSB.
Kerjasama strategik seperti ini membuktikan komitmen PTSB dalam menyokong agenda pembangunan modal insan yang kompeten dan berdaya juang tinggi.
Sumber Foto: Puan Normawar Ali & Puan Nurhaida, KU CISEC
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud
#AskarWataniahPTSB