KULIM, 13 Januari 2025 – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah menerima kunjungan daripada pelajar dan guru dari SMK Naka, Padang Terap, hari ini.
Program anjuran Unit Promosi yang berlangsung di Dewan Kuliah Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang program diploma yang ditawarkan di PTSB sebagai persediaan mereka selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelak.
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Azira binti Adnan, Pegawai Promosi PTSB bersama Puan Hamidah Haneym binti Abdul Hamid, Penyelaras Promosi JKE.
Pelajar turut dibawa melawat bengkel Kejuruteraan Elektrik, Mekanikal, Awam dan Perdagangan untuk melihat secara dekat alat, mesin dan teknologi terkini yang digunakan sepanjang proses pembelajaran di politeknik ini.
Inisiatif ini diharapkan dapat membantu pelajar membuat pilihan tepat dalam bidang pengajian selain memperkenalkan keunikan PTSB sebagai institusi yang menawarkan peluang pembelajaran berorientasikan industri sejajar dengan keperluan pasaran kerja masa kini.
Sumber Info: Azira Adnan, Unit Promosi PTSB
Jurufoto: Aniqah Hanis, UKK PTSB
#TVETForAll
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud