Kulim - Program Perkongsian Teknologi Pintar anjuran Panitia Reka Bentuk SMK Air Merah dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) berjalan lancar melibatkan penyertaan 149 pelajar, semalam.
Program ini bertujuan memperluaskan ilmu teknologi pintar kepada pelajar sekali gus memupuk minat mereka dalam bidang Sains, Matematik, Teknologi dan Kejuruteraan (STEM). Di samping itu, pelajar turut diberikan pendedahan awal mengenai program pengajian yang ditawarkan di PTSB.
Antara pengisian menarik yang dijalankan termasuk simulasi Thinker Code Robot, pengaturcaraan C (C-Programming), permainan realiti tambahan (AR Gaming), pengaturcaraan CNC, teknik kimpalan (Welding) dan pengaturcaraan pengawal logik boleh atur cara (PLC).
Program seumpama ini diharapkan mampu mendorong minat pelajar terhadap STEM melalui peluang meneroka aplikasi teknologi dalam dunia sebenar.
PTSB akan terus komited memainkan peranan aktif mendidik generasi muda serta membina jaringan yang lebih erat dengan komuniti sekolah.
Semoga kerjasama strategik ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan generasi inovatif dan berdaya saing.
Sumber info & Foto: Badrul Sakinah Sanusi, JKM
#TVETForAll
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud