LANGKAWI โ€“ Dalam usaha memperkukuh keberkesanan pengurusan dan perancangan strategik, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) melalui Pusat Kecemerlangan Institusi (PKI) telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Strategik, Prestasi dan Risiko pada 20 hingga 22 Januari 2025 bertempat di De Baron Resort, Langkawi.
Bengkel ini menghimpunkan pengurusan tertinggi PTSB termasuk Pengarah, Hj. Mohd Ruzi bin Hamzah; Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Mohd Nor Azam bin Mohd Dali; Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Dr. Hj. Samsul bin Abd Rashid serta 37 Ahli Mesyuarat Pengurusan yang terdiri daripada ketua jabatan, ketua unit dan penyelaras jabatan.
Fokus utama bengkel ini adalah untuk menghasilkan Pelan Strategik PTSB 2026โ€“2030 yang akan menjadi panduan strategik dalam menetapkan hala tuju organisasi. Pelan ini bertujuan merangka strategi dan program tindakan untuk mencapai matlamat jangka panjang serta memenuhi Penunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan. Selain itu, bengkel ini turut memberi perhatian kepada penyediaan Pelan Tindakan Strategik 2025, senarai isu dan pihak berkepentingan serta pemahaman mendalam tentang KPI dan tafsiran risiko.
Penganjuran secara bersemuka ini menyediakan platform interaktif yang membolehkan perbincangan dan percambahan idea antara pengurusan tertinggi dan jawatankuasa PKI. Pendekatan ini diambil bagi memastikan semua pihak yang terlibat dapat memahami dengan jelas peranan mereka dalam merealisasikan visi dan misi PTSB terutamanya dalam konteks cabaran dunia pendidikan yang semakin dinamik.
Mengakhiri bengkel ini, Pengarah PTSB dalam ucapannya menekankan,
โ€œBengkel seumpama ini adalah ruang terbaik untuk meningkatkan keupayaan pengurusan dalam merancang, mengukur dan melaksanakan strategi dengan lebih berkesan. Ini adalah langkah penting untuk memastikan visi dan misi organisasi dapat dicapai dengan jayanya.โ€

Foto & Pelaporan:
Puan Siti Hajar Binti Saad @ Mohd Yusoff

Pusat Kecemerlangan Institusi (PKI)
#TVETForAll
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud