KULIM, 5 Februari 2025 – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) terus mengukuhkan jaringan antarabangsa dengan membuka tirai kolaborasi tahun 2025 melalui kunjungan daripada Toyohashi University of Technology (TUT), Jepun.
Delegasi TUT yang diwakili oleh Profesor Lim Pang Boey, Ketua Pusat Hubungan Global merangkap Pensyarah Kejuruteraan Elektrik Elektronik dan Informasi bersama Profesor Madya Nakamura Yuichi dalam bidang yang sama, Profesor Haraguchi Naoki dari Jabatan Kimia dan Sains Hayat serta Encik Fong Sew Khuan, Pegawai Kanan TUT. Sementara itu, PTSB pula diwakili oleh Pengurusan Tertinggi yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Mohd Nor Azam bin Mohd Dali.
Lawatan ini merangkumi sesi perkongsian akademik serta tinjauan fasiliti PTSB yang merupakan kesinambungan daripada kerjasama strategik yang telah terjalin sebelum ini sekali gus memberi gambaran menyeluruh kepada pihak TUT mengenai komitmen dan keupayaan PTSB dalam bidang TVET. Hasil perbincangan telah membuka peluang ke arah pelaksanaan program pertukaran pelajar serta kerjasama penyelidikan yang lebih erat pada tahun ini antara kedua-dua institusi.
Sebagai langkah susulan, PTSB melalui International Liaison Unit (ILU) bertindak menyediakan draf perjanjian kerjasama serta merangka program akademik bersama TUT. Diharapkan inisiatif ini menjadi pemangkin kepada hubungan strategik yang berterusan kelak.
Pelaporan: Puan Nurhaida Abdullah Hadi, Corporate Industry Services and Employability Center (CISEC)
Foto: Aniqah Hanis (UKK)
#TVETForAll
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud