KULIM - Majlis Pengumuman Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kampus Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Kuliah Utama (DKU) pada petang tadi.
Hj. Mohd Ruzi Hamzah, Pengarah PTSB menyampaikan ucapan tahniah kepada calon yang berjaya dan bakal memimpin Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) PTSB yang baharu.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Sekretariat Pilihan Raya Kampus PTSB yang diketuai oleh Encik Mohd Fuad bin Ibrahim selaku Pengarah Pilihan Raya Kampus atas usaha dan dedikasi mereka dalam memastikan kelancaran proses pilihan raya pada kali ini.
Foto: Aniqah Hanis (UKK)
#PRKPTSB2025
#PTSBMemilih