KULIM – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) melangkah ke fasa baharu kepimpinan mahasiswa dengan pelantikan 33 ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2025/2026 dalam satu majlis rasmi yang berlangsung semalam.
Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Mohd Nor Azam bin Mohd Dali mewakili Pengarah PTSB, menekankan peranan penting JPP sebagai pemimpin mahasiswa yang berwibawa selain bertindak sebagai penghubung utama antara pelajar serta pihak pengurusan. Beliau menyeru kepimpinan baharu ini agar mengamalkan nilai integriti dan merangka inisiatif bersifat inklusif demi manfaat keseluruhan komuniti kampus.
JPP bukan sekadar organisasi pelajar tetapi entiti penting dalam memperjuangkan kebajikan mahasiswa serta memacu penglibatan aktif dalam aktiviti pembangunan sahsiah dan kecemerlangan akademik.
Lafaz ikrar yang dipimpin oleh Yang Dipertua JPP, Tengku Danial Isyraf Al Habshee bin Tengku Iftikhar Razik menjadi simbolik komitmen kepimpinan baharu ini dalam membawa perubahan positif di kampus.
Tahniah kepada barisan JPP sesi 2025/2026. Semoga terus komited dalam menjalankan amanah serta memperkasakan budaya kecemerlangan mahasiswa.
Penghargaan turut diberikan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2024 atas sumbangan dan dedikasi mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.
Pelaporan:
Nurin Alia binti Hasrizal
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
Foto:
Aniqah Hanis Noor Hazlan (UKK)
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud
#JPPPTSB