Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) terus komited dalam memperkasa pendidikan dan kemahiran TVET melalui penyertaan dalam Karnival TVET POLYCC 2025.
Majlis pelepasan pasukan PTSB telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Mohd Nor Azam bin Mohd Dali yang meluangkan masa untuk bertemu serta memberikan amanat kepada para peserta dan jawatankuasa yang terlibat, semalam. Dalam pertemuan ini, beliau menyampaikan kata-kata semangat serta menekankan kepentingan kerja berpasukan dan dedikasi dalam menjayakan karnival ini.
Dr. Mohd Nor Azam turut menyeru semua peserta agar memberikan komitmen terbaik selaras dengan aspirasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam memperkukuh ekosistem TVET negara.
PTSB mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan yang bertanding dan bertugas dengan harapan kejayaan dan pengalaman berharga dapat diperoleh sepanjang penglibatan dalam karnival ini.
Program ini bakal berlangsung selama tiga hari bermula 14 Februari 2025 hingga 16 Februari 2025 bertempat di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi.