ย
LANGKAWI โ Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) mengukuhkan kerjasama strategik dengan Bina Darulaman Berhad (BDB) melalui penandatanganan Surat Hasrat bagi mempererat hubungan antara akademia dan industri. Majlis pertukaran dokumen berlangsung sempena Majlis Perasmian Karnival TVET POLYCC 2025 yang diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi.
Penyerahan dokumen antara Haji Mohd Ruzi Hamzah, Pengarah PTSB dengan Encik Mohd Taufik bin Abdullah, Ketua Pegawai Sumber Manusia BDB disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi serta Yang Berbahagia Datoโ Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Majlis ini turut dihadiri oleh wakil industri dari dalam dan luar negara serta wakil POLYCC seluruh Malaysia.
Kerjasama ini bertujuan memperluas peluang dalam perkongsian ilmu, kepakaran, peralatan dan fasiliti serta pembangunan silibus, latihan dan pensijilan profesional.
Ia juga melibatkan pengiktirafan dalam penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan selain pelaksanaan kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta peluang latihan industri bagi pelajar dan pensyarah.
Semoga usaha ini berupaya membuka peluang baharu untuk PTSB dalam meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran graduan.
ย
Pelaporan:
Nurhaida Abdullah Hadi
Corporate Industry Services and Employability Center (CISEC)