ย 
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) berjaya tersenarai dalam pencalonan Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik untuk e-sukan manakala pegawainya, Encik Amirul Zaharin bin Yusoff dicalonkan dalam kategori Anugerah Pengurus Terbaik Politeknik Malaysia untuk e-sukan. Sementara itu, atlet e-sukan Muhammad Danish Danial Bin Hairi yang mewakili Politeknik Nilai (PNS) dinobatkan sebagai Atlet Paralimpik Terbaik.
Encik Amirul Zaharin ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan berbesar hati atas pencalonan tersebut.
โ€œPencalonan ini bukan sekadar pengiktirafan peribadi tetapi bukti bahawa usaha membangunkan e-sukan di politeknik semakin mendapat tempat. Saya percaya sukan ini mampu berkembang lebih jauh dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,โ€ katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pasukan dan pihak pengurusan PTSB atas sokongan berterusan dalam memperkasakan e-sukan di peringkat POLYCC.
ย 
Berita penuh di pautan:
ย