KULIM – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah menerima kunjungan daripada Bank Islam Cawangan Kulim dalam satu sesi perbincangan yang berlangsung semalam. Lawatan ini bertujuan untuk mempererat kerjasama antara kedua-dua pihak serta membincangkan manfaat pembukaan dan penggunaan akaun Bank Islam bagi warga politeknik.
Pihak Bank Islam yang hadir diketuai oleh Pengarah Perhubungan Pelanggan Negeri, Puan Wan Siti Hajar binti Wan Salim bersama tiga orang pegawai iaitu Encik Azhar bin Ismai, Puan Jamilah binti Abdul dan Puan Khairiyah binti Ramli.
Kunjungan ini disambut mesra oleh Pengarah PTSB, Haji Mohd Ruzi bin Hamzah bersama pengurusan tertinggi. Turut serta dalam pertemuan ini ialah Puan Selvamalar a/l Selvarajan, Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Encik Norsyahidan bin Mohamad Yusof, Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar.
Perbincangan merangkumi keistimewaan pembukaan dan penggunaan akaun Bank Islam oleh warga PTSB serta cadangan untuk memperkasa kefahaman pengurusan kewangan yang bijak dalam kalangan mahasiswa.
Pertemuan ini diharapkan dapat membuka ruang kerjasama yang lebih luas antara PTSB dan Bank Islam sekali gus memberi manfaat kepada pelajar dan kakitangan dalam aspek pengurusan kewangan dan pembangunan kerjaya.