Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) diwakili Pengarah PTSB, Haji Mohd Ruzi bin Hamzah bersama-sama Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (UPIK), Ts. Norizah binti Md. Ishak telah membuat lawatan akademik ke Medan, Indonesia bagi memperluas kerjasama serantau dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan inovasi.
Sepanjang keberadaan di sana, Pengarah PTSB memanfaatkan sepenuhnya ruang bertemu beberapa rakan kolaborasi institusi pendidikan termasuk Sekolah Tinggi Ilmu Manajemen (STIM) Sukma, Politeknik Cendana dan Yayasan Pendidikan Harapan (YasPenDar).
Hj. Mohd Ruzi diundang ke Majlis Wisuda STIM Sukma sebagai jemputan khas bagi meraikan graduan di samping menghadiri mesyuarat CiE-TVET bersama pengurusan STIM Sukma berkenaan perancangan pelaksanaan program tersebut pada bulan Ogos nanti.
Beliau kemudiannya meneruskan lawatan ke Politeknik Cendana dan diberi penerangan mengenai sistem pendidikan di samping mengintai peluang kerjasama dalam penyelidikan serta pertukaran pelajar dan tenaga pengajar.
Menutup tirai lawatan, kunjungan ke Yayasan Pendidikan Harapan (YasPenDar) menfokuskan pendekatan pendidikan berasaskan teknologi serta sesi percambahan idea melibatkan program inovasi dan latihan industri.
Komitmen ini sekali gus mengukuhkan kedudukan PTSB sebagai institusi TVET yang aktif dalam kerjasama akademik serantau.
Foto dan pelaporan:
Ts. Norizah binti Md. Ishak
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (UPIK)