KULIM, 6 Mac 2025 – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Dialight Penang Sdn. Bhd. disambut oleh Dr. Ilamaran Elangkathir, Pengarah Dialight Penang serta barisan pengurusan kanan syarikat.
Delegasi PTSB diketuai oleh Dr. Segar a/l Raja Manickam bersama-sama Dr. Md Razak bin Daud, Encik Azhar bin Fikri, Dr. Ros Saidatunnaziah binti Md Yusoff, Dr. Siti Rozakiyah Assurin binti Hassan dan Ts. Hj. Anuar bin Jusoh.
Pertemuan ini bertujuan membincangkan kerjasama strategik dalam pembangunan Reskilling and Upskilling Centre (RUC). Inisiatif ini bertujuan memperkukuh hubungan industri dan memperkasa program TVET selaras dengan keperluan tenaga kerja masa kini.
Perbincangan tertumpu kepada usaha meningkatkan kemahiran pekerja melalui program latihan yang relevan dengan keperluan industri semasa. Pihak Dialight turut berkongsi kepakaran mereka dalam teknologi pencahayaan LED yang menjimatkan tenaga, mengurangkan kos penyelenggaraan dan meningkatkan keselamatan industri.
Kerjasama ini dijangka memberi impak positif terhadap pembangunan modal insan berkemahiran tinggi serta memperkukuh ekosistem TVET dalam menghadapi cabaran industri global.
 
Foto dan pelaporan:
Ts. Hj. Anuar bin Jusoh