GERIK – Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah menganjurkan Industry Expert Enrichment Program (IEEP) melalui lawatan akademik ke Stesen Jana Kuasa Bersia, Gerik, Perak. Lawatan ini melibatkan 20 pelajar dari program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DEE) serta Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET) bersama lapan pensyarah pengiring.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai operasi dan penyelenggaraan stesen jana kuasa hidroelektrik serta memperkukuh pemahaman mereka tentang konsep tenaga boleh diperbaharui.
Menurut Encik Mohamad Amin bin Mohd Yusof, Pengurus Stesen Jana Kuasa Bersia, lawatan ini selari dengan inisiatif Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam memperkukuh pelan peralihan tenaga dengan sasaran kapasiti tenaga boleh diperbaharui (RE) sebanyak 8,300 megawatt (MW) menjelang 2025. Ia juga menyokong aspirasi TNB untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.
Lawatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk melihat sendiri teknologi hijau hidroelektrik dalam sistem penjanaan tenaga negara serta menghubungkan teori yang dipelajari dengan aplikasi sebenar industri.
Secara keseluruhan, program ini berjaya meningkatkan pemahaman pelajar tentang industri tenaga hijau serta menggalakkan minat mereka untuk menceburi bidang kejuruteraan tenaga. Selain itu, ia membuka peluang kerjasama strategik antara PTSB dan industri tenaga sekali gus memperkukuh kesiapsiagaan graduan menghadapi cabaran industri masa depan.
Foto dan pelaporan:
Puan Roszaini binti Yahaya
Encik Muhammad bin Jamaluddin
Jabatan Kejuruteraan Elektrik