ย
PERLIS โ Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Mekanikal (FKTM) dan Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Elektrik (FKTE), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Lawatan anjuran Unit ETAC JKM ini melibatkan 22 peserta yang terdiri daripada pensyarah dan penyelaras program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM), Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (DTP) dan Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM).
Objektif utama bertujuan menilai keseragaman kurikulum serta mengenal pasti amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Encik Azhar bin Fikri menyifatkan lawatan ini sebagai satu pengalaman berharga dalam memperkukuh kualiti pendidikan TVET.
โMelihat sendiri bagaimana FKTM dan FKTE UniMAP mengaplikasikan teknologi dalam pengajaran menyuntik inspirasi kepada kami untuk terus memperkasakan program di PTSB. Kolaborasi seperti ini membuka ruang perkongsian ilmu yang bermanfaat,โ katanya.
Hubungan strategik antara institusi pendidikan ini bukan sahaja meningkatkan mutu pembelajaran dan penyelidikan malah input yang dikongsikan mampu menjadi asas kepada penambahbaikan kurikulum serta metodologi pengajaran di PTSB. Usaha ini sejajar dengan keperluan akreditasi ETAC dan kehendak industri bagi memastikan graduan TVET terus relevan dan berdaya saing.
ย
Foto dan pelaporan:
Dr. Siti Rozakiyah Assurin binti Hassan
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal