Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi peluang untuk memperbaharui hati dan mendekatkan diri kepada Allah. Dalam Tazkirah Ramadan siri pertama anjuran Unit Komunikasi Korporat (UKK), Ustaz Iruwan bin Idris mengajak seluruh warga untuk menyambut bulan ini dengan penuh kesedaran dan keinsafan.

Beliau menekankan bahawa Ramadan adalah bulan rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka. Oleh itu, umat Islam disarankan memperbanyakkan syahadah, istighfar, doa memohon syurga serta perlindungan daripada azab neraka.
"Kita bukan sekadar berpuasa tetapi belajar mendidik hati, membersihkan jiwa dan memperbaiki hubungan sesama manusia", katanya. Persiapan menyambut Ramadan harus merangkumi mental, spiritual, ilmu dan fizikal agar ibadah lebih sempurna.
Siri tazkirah ini akan berlangsung sepanjang Ramadan, memberi ruang untuk renungan dan pengisian rohani agar bulan mulia ini benar-benar meninggalkan kesan dalam kehidupan seharian.

Kredit info:
Hazaini binti Mohd Zainal Abidin

Moderator Tazkirah Ramadan Siri 1/2025
Nor Adzian binti Harun
Urusetia Tazkirah Ramadan Tahun 2025

#TazkirahRamadanPTSB
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud
#RamadanPTSB