Dengan penuh rasa dukacita, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Mohamad Aqasha bin Nasir yang telah kembali ke rahmatullah.
Sesungguhnya, kehilangan ini merupakan satu dugaan yang besar dan kami turut bersedih serta bersimpati atas pemergian seorang pelajar yang dikenali dengan keperibadian baik serta dedikasi tinggi dalam pelajaran.
Kami mendoakan agar roh allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga keluarga dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada allahyarham.
Salam takziah daripada
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga PTSB