KULIM – Seramai 138 pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah diraikan dalam Majlis Anugerah Ketua Jabatan bagi sesi 1 2024/2025 yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama, PTSB. Anugerah ini diberikan sebagai penghargaan kepada pelajar yang mencapai Purata Nilai Mata (PNM) 3.50 ke atas dengan sembilan pelajar cemerlang menerima pengiktirafan khas selepas memperoleh PNM 4.00.
Penyampaian anugerah disempurnakan boleh Puan Nurul Amira binti Din, Ketua Program Diploma Geomatik mewakili Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam serta Puan Liza Suhana binti Ramli, Ketua Jawatankuasa Kecemerlangan Pelajar JKA mewakili Ketua Program Diploma Kejuruteraan Awam.
Dalam ucapannya, Puan Nurul Amira menzahirkan rasa bangga atas pencapaian pelajar dan menekankan kepentingan usaha berterusan pelajar ke arah kecemerlangan akademik. Beliau turut menekankan bahawa kejayaan ini bukan sahaja hasil usaha pelajar tetapi juga sokongan daripada pensyarah serta rakan-rakan seperjuangan.
Anugerah ini diharapkan dapat mendorong para pelajar untuk mengekalkan prestasi cemerlang serta menjadi inspirasi kepada rakan-rakan mereka kelak.
 
Foto dan pelaporan:
Hasmahani binti Hamzah, Jabatan Kejuruteraan Awam