KULIM – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Kedah bagi membincangkan kolaborasi strategik dalam memperkasa kebolehpasaran graduan dan pembangunan tenaga kerja industri.
Kunjungan yang diketuai oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Perkeso Kedah, Encik Linggeswaran a/l Pannirselvam disambut mesra oleh Pengarah PTSB, Haji Mohd Ruzi bin Hamzah serta pihak pengurusan.
Dalam sesi perbincangan, kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalin kerjasama dalam pelbagai inisiatif termasuk penganjuran Karnival Kerjaya My Future Jobs PTSB-PERKESO yang dijadualkan pada 14 hingga 15 Jun 2025. Karnival ini akan menjadi platform bagi pencari kerja mendapatkan peluang pekerjaan, menghadiri sesi temuduga terbuka serta menerima bimbingan kerjaya.
Selain itu, PTSB juga dipilih sebagai Pusat Satelit Temuduga oleh PERKESO Kulim yang membolehkan sesi temuduga berkala bersama industri diadakan di politeknik. Mereka turut dibawa melawat fasiliti PTSB bagi menilai potensi kerjasama dalam latihan industri, program latihan semula (reskilling) serta inisiatif pemerkasaan tenaga kerja masa hadapan.
Kerjasama strategik ini diharap dapat memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan dan badan berkaitan pekerjaan dalam menyokong agenda pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Pelaporan:
Nurhaida Abdullah Hadi
Corporate Industry Services and Employability Center (CISEC)
Foto: Aniqah Hanis Noor Hazlan