LAWATAN ILMIAH (EDM WIRE CUT) KE POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH (POLIMAS)
Kursus DJM2012 – Mekatronic Workshop Practice 2, merupakan satu kursus wajib bagi program pengajian Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang perlu dilaksanakan untuk memenuhi syarat bergraduasi. Pengetahuan dalam kemahiran menggunakan EDM Wirecut memberi ruang kepada pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran terdahulu serta mempamerkan keupayaan mereka dalam merealisasikan idea, kreativiti dan inovasi disamping menyelesaikan masalah. Sepanjang mengikuti pengajian di politeknik pelajar dibimbing oleh pensyarah untuk meneroka pengetahuan dan kemahiran baharu. Dengan memberi kursus tambahan untuk mendalami ilmu EDM Wirecut, pelajar diberi kesempatan dan peluang untuk mengendalikan mesin EDM Wirecut versi terbaru iaitu Mitsubishi MV1200.
Berikut merupakan butiran aktiviti seperti yang telah dijalankan:
MASA | PERKARA |
7.30 pagi | Semua pelajar berkumpul di garaj bas PTSB |
8.30 pagi | Bergerak ke Jitra |
10.00 pagi | Dijangka sampai di POLIMAS |
10.15 tgh | Lawatan ke Bengkel Edm Wire Cut |
12.00 tgh | Makan tengahari dan solat |
2.00 ptg | Kendalian mesin dan penghasilan produk |
5.00 ptg | Bergerak pulang ke PTSB |
Perjalanan kursus benjalan lancar. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah iaitu Ir.Nik Ahmad Faris Bin Nik Abdullah. Melalui pemerhatian, kursus tambahan seperti ini mampu memberi nilai tambah pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam mengendalikan mesin EDM Wirecut.