KULIM – Program Ramadan Pack-On-The-Go JKA 2025 anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) meriah dengan penglibatan lebih 400 warga JKA terdiri daripada staf dan pelajar. Program ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Kebajikan Staf JKA dengan kerjasama Kelab CIVEC bagi memupuk semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan warga JKA.
Penganjur mengambil inisiatif mengadakan majlis tahlil dan bacaan surah yasin untuk allahyarham Mohamad Aqasha bin Nasir, pelajar semester 3 Diploma Kejuruteraan Awam yang telah kembali ke rahmatullah pada 11 Mac yang lalu.
Pengarah PTSB, Haji Mohd Ruzi Hamzah bersama barisan pengurusan turut hadir menyampaikan sumbangan kepada keluarga allahyarham Aqasha serta staf JKA, Puan Norul Huda yang kehilangan ibu tersayang.
Selain itu, penyediaan makanan diadakan secara gotong-royong sebelum pek makanan diagihkan kepada semua warga JKA sempena mengimarahkan ramadan.
Penganjuran program ini bukan sahaja menggalakkan warga untuk melakukan amal kebaikan malah mengeratkan hubungan antara staf dan pelajar dalam suasana penuh harmoni.
Jawatankuasa penganjur berharap inisiatif ini dapat dijadikan tradisi tahunan bagi menyemai nilai perpaduan dalam kalangan warga JKA.
Foto dan pelaporan:
Hasmahani binti Hamzah
Jabatan Kejuruteraan Awam
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud