SUNGAI PETANI, 25 Mac 2025 – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) komited dalam meningkatkan sistem pengurusan kualiti menerusi Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) 2025 yang diadakan secara bersepadu bagi piawaian ISO 45001:2018 dan ISO 9001:2015 di Swiss Avenue Hotel, Sungai Petani.
Mesyuarat melibatkan 55 pegawai yang terdiri daripada pengurusan tertinggi, ketua jabatan, ketua unit serta pemegang prosedur dan dokumen bagi kedua-dua piawaian ISO. Ia bertujuan menilai keberkesanan sistem pengurusan sedia ada serta memastikan penambahbaikan berterusan dilaksanakan sejajar dengan piawaian antarabangsa.
Pengarah PTSB, Haji Mohd Ruzi Hamzah dalam ucapan beliau menegaskan kepentingan pemantauan sistematik dalam mengekalkan standard kualiti institusi.
Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan oleh Ts. Zaidi Othman dari Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP). Intipati pembentangan merangkumi laporan keselamatan tempat kerja, statistik kemalangan serta langkah pembetulan yang perlu diambil bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat.
Perbincangan kemudian diteruskan dengan penilaian terhadap ISO 9001:2015 merangkumi pencapaian objektif termasuk cabaran yang dihadapi serta cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan kecekapan sistem pengurusan kualiti.
Dengan pelaksanaan MKSP ini, PTSB terus mengorak langkah dalam memperkukuh budaya kerja berkualiti dan pematuhan standard yang lebih tinggi.

Foto dan pelaporan:
Badrul Sakinah Sanusi
Unit Pengurusan Jaminan Kualiti

#MakingPTSBGreat
#PTSBProud
#MKSPPTSB2025