Kulim, 26 Mac 2025 – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) terus mengorak langkah dalam membina jaringan industri apabila menerima kunjungan EVE Energy Malaysia Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat peneraju pengeluaran bateri lithium dari China.
Kunjungan ini membuka peluang kerjasama dalam penyelidikan tenaga, pembangunan teknologi bateri serta latihan tenaga kerja yang sejajar dengan keperluan industri moden. Perbincangan turut merangkumi dana penyelidikan, biasiswa pelajar dan latihan industri berstruktur.
Sebagai inisiatif awal, satu lawatan akademik ke EVE Energy Malaysia dijadualkan pada April bagi memperincikan bentuk kerjasama yang bakal dimeterai.
Kolaborasi ini diyakini mampu memperkukuh peranan PTSB dalam membangunkan modal insan berkemahiran tinggi serta meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam sektor teknologi tenaga dan bateri.

Foto: Aniqah Hanis Noor Hazlan, UKK
Pelaporan: Nurhaida Abdullah Hadi, CISEC

#TVETForAll
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud