Kulim, 26 Mac 2025 – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menerima kunjungan rasmi daripada Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) dalam usaha memperkukuh pelaksanaan program STEM.
Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (POLIMAS), Encik Syukrul Hassani bin Jamaludin menzahirkan penghargaan atas kesudian PTSB menerima lawatan ini. Sesi perbincangan berlangsung di Bilik Mesyuarat JMSK PTSB, dipengerusikan oleh Puan Fazaliana binti Zamzuri dan turut dihadiri Ketua Jabatan JMSK, Encik Azamin bin Ahmad.
Sesi perkongsian dikendalikan oleh Encik Mohd Hafis bin Yunus, pensyarah JMSK menerusi pembentangan pelbagai program STEM seperti Wall Marble Run, Rubber Band Car dan STEM Boot Camp. Lawatan ke bilik STEM JMSK turut memberi peluang kepada delegasi POLIMAS untuk meninjau projek inovatif hasil kreativiti pelajar semester satu.
Semoga pertemuan ini membawa manfaat dalam memperkasakan pendidikan STEM di peringkat politeknik dan menyokong aspirasi STEM sebagai tonggak pendidikan masa hadapan.

Foto dan pelaporan:
Nur Elyani binti Musa
Ketua Kursus Sains, JMSK

#TVETForAll
#MakingPTSBGreat
#PTSBProud